Europe | Kembara bumi Eropah [12D11N]

Holla!

Ok back to reality. Welcome back to Tanah Air ku Malaysia walaupun agak sukar nak move on lepas balik dari jelajah Europe. Hehe..Biasa la dah kena cuaca sejuk bila balik Malaysia macam tak biasa dah nak peluh2 nih. Overr kaw!

Ok aku malas nak tulis panjang2 just nak ringkaskan pengembaraan kami berempat ke 6 buah bandar di 5 buah negara selama 12 hari iaitu London (England), Armsterdam (Belanda), Brussels (Belgium), Cologne (Germany), Frankfurt(Germany), Β dan Paris (France). Best gilerrr woihh!

First time menjejakkan kaki ke negara mat saleh, first time naik flight 14jam, first time naik flight Qatar Airways dan bermacam lagi lah yang pertama kali. Overall trip bekpek kami kali ni memang sangat superb! Kenapa? Sebab kami cuma beli tiket flight saja tanpa ada itenari langsung atau dalam kata lain redah kasik pecah bila sampai sana. Fuhhhh..

27/12/2016 – KUL – Doha (Transit) – Heathrow Airport, London (Total hours : 14Hours)

8/1/2017 – Heathrow Airport, London – Doha (Transit) – KUL (Total hours : 14Hours)

Airlines : Qatar Airways

Total tiket 2 Adults + 2 Kids = RM9,964

Flight kami pukul 2AM dari KLIA sampai ke London dalam pukul 11AM. Sumpah seranah aku dalam flight sebab rasa macam punggung aku dah jadi petak dek duduk lama dalam flight. Ye la first time naik flight lebih 14jam. Qatar Airways bagi aku memang terbaik tak terkejut la tahun 2015 Qatar Airways adalah Airlines terbaik dunia. Bab makan rasanya makanan belum turun ke perut lagi dah dihidangkan lagi dengan makanan. Kenyang sentiasa beb, lepastu flight yang selesa walaupun aku duduk seat economy jer.

Trip kali ni ada sponsor baju #BekPek4Beranak dari adek ipar aku. Nice!

Paling best sekali sebelum terbang ada baca doa menaiki kenderaan. Teruja!

Bantal yang banyak membantu pinggang aku kasik selesa. hehe..

London, England!

Setibanya di London cuaca tat kala itu mencecah 0 degree. Terkejut beruk jugak kulit sawo matang ni bila disapa angin yang macam keluar peti ais. Syukur anak2 semua ok almaklum lah dah biasa sebelum ni travel ke Japan. Tak lama kami di London sebab ia cuma destinasi transit sehingga jam 7 petang untuk kami menaiki bas ekspress untuk ke Armsterdam pulak.

Sempat jugak kami makan alas perut kat kedai kebab di Kota London. Orang kata pantang larang ke UK/Europe ni jangan ko sekali2 nak convert Pound kepada Ringgit bila berbelanja. Tapi aku saja testing bila dah bagi duit kat cashier kebab tu cuba convert kepada Ringgit. Nokhorommm! Alas perut aku berharga RM120 kawww..Huuuu..Janji taknak convert dah. Hahaha..

Sampai jer terus excited gilaaa!

Armsterdam, Holland!

Daripada London ke Armsterdam kami menaiki bas ekspress dari Victoria Station, London hingga ke Duivendrecht Station, Armsterdam. Perjalanan mengambil masa selama 10jam. Kos tiket bas adalah RM746 dan perjalanan membelah kesunyian malam dan jalan yang agak menyeramkan membuatkan aku memang tak tido sepanjang perjalanan, seram woi tapi drebar ni memang steady! Tak silap ada dekat 2 kali berhenti rehat dan check passport.

Dari UK masuk ke Europe anda perlu check passport oleh emigration dan juga luggage. So setibanya di sempadan UK/Europe bagasi dan passport akan di check sebelum dibenarkan masuk. Europe bagi aku cukop mudah kalau nak ke mana2, public transport kat sini sangat efisyen dan sangat mudah. Kos untuk naik tren underground dalam RM23 ke mana2 destinasi. Begitu juga dengan tram cukop memudahkan untuk korang nak ke mana2. Cuma aku jadi pelik bila sampai di sini bila tengok tram dan kenderaan lain berkongsi jalan yang sama, serabut pon ada jugak. So yang bawak budak2 tu berhati2 bila berjalan di Kota Armsterdam ni sebab jalan kat sini sangat sebuk dan tau2 kena hon dengan tram sebab lagi siket nak kena sodok..Haha..

Ada ternampak lorong ke Redlight District tapi ada signboard budak dilarang lalu so aku patah balik tak jadi masuk. Haha..Kena repeat ke camner?

Penginapan di Armsterdam : Ibis Hotel, Amrsterdam Airport (RM250/day)

Ini la bas yang kami naik dari London ke Armsterdam. 10 jam perjalanan woih..

Yang tak tau tren belakang tu nama dia Tram..Nampak orang boleh lalu lalang dengan selambe melintas depan tram..Bahaya tak?

Zanse Schanse Windmills

Hard Rock Cafe, Armsterdam

Armsterdam City

Ibis Hotel, Armsterdam Airport

Iamsterdam! Love it..

Cantek bukan?

 

Brussels, Belgium!

Dari Schiphol Airport, Armsterdam naik tren ke Brussels. Niat di hati nak tengok la New Year Celebration kat Pekan Brussels nun, tapi apakan daya anak bongsu aku Nadeem diserang demam panas pulak. Yela cuaca ketika itu menghampiri -3 celcius. So new year dalam selimut ajer la jawabnya..haha

Keesokkannya baru la kami berempat menjelajah beberapa lokasi tarikan di Brussels dan juga menikmati Belgium Choc & Waffle yang digembar gemburkan itu. Ternyata sodap sekali! Brussles kami cuma stay 2 hari so tak banyak lah tempat yang sempat diterjah. Cuaca sejuk banyak merencatkan perjalanan kami dan juga faktor siang yang pendek.

Orang Brussels kalau sembang suara dorang sangat serius, seriau bila bercakap dengan diorang. Architecture bangunan di sini sangat cantik dan klasik. Memang ada design yang tersendiri. Kagum btol tengak bangunan kat sini tak tercapai dek akal.

Check in Hotel

Kos Hotel RM250 semalam..

Disebabkan anak aku yang bongsu Nadeem demam so malam new year tu main indoor games jer dengan awek Spain tu. Lawa plak tuh..Iskk..

Grand Place, Brussels

Hard Rock Cafe, Brussel. Sayangnya tak dapat masuk sebab 1haribulan HRC sini tutop..huuuuu..

Budak kencing, atau lebih dikenali dengan Manneken Piss..

Banyak2 kedai choclate ni la satu2nya kedai yang bukak masa tahun baru tu. Nasib la bukak kalau tak kempunan nak merasa Belgium Choc tuuu..

 

Cologne, Germany!

Kami meneruskan perjalanan ke Cologne, Germany menaiki tren dari Saint Gilles, Armsterdam. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Kos tren tak silap dalam RM800 untuk 4 orang. Apa yang pelik bila sampai di Germany kebanyakkan rakyat di sini kurang fasih bertutur dalam bahasa English. Juga signboard pun guna bahasa Jerman.

4 hari kami stay di Cologne. Hotel yang kami stay sepanjang trip boleh kata rate semua dalam RM250/night. Tak besar tapi cukop selesa la dengan cukop semua facility. Bekalan makanan memang di bawak dari Malaysia macam Brahim’s, meggie dan biskut. Kadang2 jer kami akan carik kedai kebab untuk menghilangkan nafsu makan.

Disebabkan trip kali ni memang kami tak sediakan itineri yang lengkap jadinya kami redah je la mana2 yang sempat diterjah antaranya Cologne Zoo, Germansches Museum, Cologne Cathedral, dan Schildergasse City Shopping. Kami memang jarang masuk tempat2 yang perlu bayar tiket so cukop sekadar menangkap gambar tanda “checked in”.

Yang menarik lagi kami kat sini ialah dapat merasa snow turun dengan lebat pukol 5pagi. Sanggup turun pakai jaket bagai sebab nak rasa snow turun. Haihh..Kalau azan subuh tu bukan main liat aku nak bangun. Manusia btol!

 

Acah2 nak tau sejarah Cologne kunun. Sejarah Melaka pon aku tak abis baca lagi..Hurmm..

Anak aku sulong tu ada penyakit siket. Pantang tengok salji teros hilang deria sejuk dia. Dengan selamber bukak glove gomol2 salji atas jalan tu..perghh!

Saja bagi korang nampak penderitaan aku sepanjang trip. Ko ingat trip Round Europe kami ni ade tukang angkat beg? Meh aku starlight ko..

Termasuk gereja plak dah..Jangan salah sangka aku masih Islam. Cuma kagum tengok bangunan dia macam bukan manusia yang buat.

Bukan tak sayang bini nak beli LV tu. Cuma kalau beli aku ingat balik Melesia aku terpaksa jual rumah aku tu nak cover duit makan..Hahaha..

Sayangkan anak bawak depa travel..Eh!

 

Paris, France!

Leave a Comment