Japan | Menjejaki sakura [5D4N]

Assalamualaikum..

Firstly post ini dibuat 2 hari selepas kami berangkat pulang dari Jepun. Alhamdulillah trip #bekpek4beranak ke Jepun berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar, kecik kompem ada. hehe..

Ok review untuk trip kali ini kami mulakan dengan tiket flight ke Jepun yang kami beli pada awal Januari 2016:-

2 Adult + 1 Kid + 1 Infant = RM4800 Return

KLIA2 —-> Tokyo International Airport Haneda

Tokyo International Airport Haneda—-> KLIA2

Perjalanan mengambil masa 7 jam. Penerbangan bersama AirAsia biasalah keselesaan menjadi perkara no 2 janji murah! Berbekpek bersama anak-anak kecik ni perlukan kesabaran yang tinggi. Dalam flight pun dah berboxing dengan Nadeem dan Delisa. Hahaha..

Setibanya kami di Airport Haneda jam lebih kurang 11.30PM waktu Tokyo, kami terus berlari keluar dari airport menuju stesyen bas untuk ke Kamata. Last bas jam 12.00PM dan kami berjaya menahan bas yang terakhir itu sebelum berlalu pergi. Fuhhh memang rezki kalau tak terpaksa kami bermalam di airport.

Ada kejadian dalam bas bila mana kami takde duit kecik untuk bayar tiket bas. Masa tukar duit di money changer memang dapat semua duit 10,000Yen. So tanya sorang-sorang penumpang Jepun ada duit tukar tak dan last sekali ada mamat nippon ni bangun terus menuju ke driver untuk belanja kami tiket. Alhamdulillah dari situ saya tau rakyat Jepun sangatlah baik hati.

Dari setibanya ke Kamata, kami terus ikot direction menuju ke Hotel Grand Park Hotel Panex. Hotel ni memang kami dah booked awal sebab flight kami sampai malam jadi better setelkan penginapan dulu untuk keselesaan anak-anak.

Kos untuk hotel ini RM300/night. Okay ketika itu suhu di tokyo adalah 8 darjah selsius dan sangat sejuk untuk kami yang berdarah separa jawa ni.

Buat pengetahuan semua trip bekpek Jepun kami cover 3 buah daerah iaitu Tokyo-Osaka-Kyoto. Jadi sebelum kami fly ke Jepun persiapan seperti JR Pass telah kami beli.JR Pass ini adalah tiket free flow selama 7 hari untuk kemudahan kita nak menggunakan tren JR Line.

Macam negara kita la ada monorel, KTM, RapidKL. Sapa yang itineri dia keluar dari kawasan Tokyo better beli siap2 relevannya penggangkutan di Jepun adalah sangat efisyen dan ke mana2 nak pergi pun sangat mudah cuma kita perlu tau setiap akses dan line tren ke lokasi kita nak pergi. Apa yang menarik jika anda beli tiket JR Pass ni kita boleh reserved seat tanpa sebarang kos, so tak perlu nak berebut dengan penumpang lain.

Kos JR Pass = RM1,077 x 2 adult

Total = RM2,154

Untuk Rujukan : www.jtbmalaysia.com

Hari kedua dari Kamata kami menaiki tren ke Tokyo untuk mengambil JR line menuju ke Gala Yuzawa Skie Resort. Galau Yuzawa adalah satu-satunya skie resort yang dihubungkan dengan stesyen keretapi terus sampai ke Gala Yuzawa.

Perjalanan dari Tokyo stesyen ke Gala Yuzawa mengambil masa selama 1jam 10minit. Sepanjang perjalanan tu kami termenung melihat keindahan alam di Jepun dan bila nak dekat sampai tu kami melopong sekejap bila permandangan sebelum ini hijau dek tumbuhan bertukar menjadi keputihan dek snow!

Dan membuatkan kami terpaku bila mana salji turun dari langit..fuhhhh!! Kami dimaklumkan sebelum itu winter season sebenarnya dah berlalu tetapi apa yang memeranjatkan kami snow masih turun semacam menyambut ketibaan kami. Syukur alhamdulillah pertama kali merasa. Delisa dan Nadeem pelik sebab selalu tengok hujan turun tapi ada benda putih2 turun dari langit. Hahaha..

Di Gala Yuzawa anda boleh pilih aktiviti apa yang anda mahu samada bermain skie, sledge atau snowboarding. Skie Resort ini dibuka dari petengahan Desember sehingga awal Mei. Harga pass masuk dan sewa peralatan termasuk jacket boleh didapati di sini —> http://www.galaresort.jp/

**Maaf kos kami di sini tak berapa nak ingat sebab terlalu excited sampai resit pun tak tau selit mana..haha

Selesai di Gala Yuzawa kami menuju terus ke Osaka dan menginap di guest house daerah Utajima, Osaka. Guest house ni saya jumpa di Airbnb.com dan nama owner dia ialah Yoshiko. Sangat selesa walaupun ruang yang sangat kecik. Muat2 kami berempat. Apartment ni macam bilik dilengkapi dengan 1 kati double decker, dapur, toilet, heater, dan toilet.Kami bermalam di sini selama 3 hari.

Rate 1 malam = RM120

3 malam = RM360

 

<Osaka Castle – Osaka Aquarium Kaiyukan>

Plan nak keluar pepagi buta gagal akibat dari dua orang askar termasuk makpak terbabas tido..Haha..Keluar rumah jam 11pagi terus menuju ke Osakajokoen untuk sampai ke Osaka Castle. Istana Osaka ini adalah sebuah monumen lama yang masih utuh tegak berdiri dibina pada tahun 1583 semasa pemerintahan Raja Azuchi Momoyama. Di bahagian atas istana ini terdapat sebuah menara dibuat dengan tujuan perlindungan jika berlakunya serangan.

Sapa yang sampai kat sini kompem terkejut dengan view yang sangat cantek dan mendamaikan. Orang tempatan kat sini pun baik2 jer sampaikan nak tanya lokasi tunggu teksi, dia siap tahankan teksi untuk kita. Bunga2 sakura masih belum kembang sepenuhnya. Misi menjejaki sakura masih diteruskan.

Lokasi kedua kami adalah Osaka Aquarium Kaiyukan. Untuk ke sini anda perlu ke stesyen Osakako. Kaiyukan aquarium ini adalah pusat akuarium terbesar di dunia iaitu keluasan 286ribu kaki persegi. Dengan lokasinya sebelah perlabuhan Osaka membuatkan view tempat ini sangat ohsem! So sapa yang sampai Osaka mesti pegi sini tau. Tiket masuk ke sini ialah 2300¥.

Dari Osaka kami meneruskan penjelajahan singkat ke daerah Kyoto menaiki shinkansen. Kyoto adalah sebuah bandar lama, sebelum Tokyo ditukarkan status Ibu Negara Jepun, Kyoto dahulunya adalah ibu negara Jepun. Di sini banyak tempat2 menarik dan temple2 yang kalau anda lihat memang super marvelous view nya sumpah tak tipu! Antara tempat menarik yang kami pergi antaranya Fushimi Inari, Kiyomizu-Dera, Arashiyama dan Sagano.

Sapa yang minat nak melihat keindahan semulajadi Kyoto adalah tempatnya. Ia lebih klasik dan tradisional dan anda boleh lihat gadis2 jepun dan tourist menggayakan pakaian kimono yang cun2 tuh..Fuhh..Sangat menenangkan di sini berbanding bandar serba pesat di Tokyo.

Selesai 3 hari di Kyoto dan Osaka kami pun bergegas pulang ke Tokyo menghabiskan sisa 1 hari sebelum pulang ke tanah air. Sehari sebelum kami telah booking sebuah guest house Kimi-Ryokan di Ueno, Tokyo.

Konsep guest house ni adalah tradisional Jepun di mana jika anda sampai di pintu masuk boleh rasa macam di rumah Nobita dengan pintu selaknya dan bilik yang dilengkapi dengan 2 buah tilam tanpa katil. Ada 5 tingkat dan setiap tingkat ada lebih kurang 6 bilik, tandas dan bilik mandi berkongsi untuk setiap tingkat. Walaupun begitu suasana dan keselesaan tetap tip top!

Sesudah check in kami terus keluar meneruskan misi menerobos Tokyo. Antara lokasi yang kami sempat pergi adalah Shibuya, Ueno Park, Akihabara, Yoyogi Park, Harajuku Takeshita, dan Ameyoko Shopping Street.

Sapa yang ke Tokyo kalau nak shopping jam G-Shock sila ke Ameyoko Shopping Street kedai pertama di pintu masuk. Anda akan jadi gila sekejap tengok G-Shock yang rare dan harga yang lebih murah dari Malaysia. Kami sempat memborong 4 utas kiriman kawan tempat kerja. Hehe…

Jam 10.45 kami menaiki flight pulang ke KLIA. Syukur alhamdulillah percutian pendek ke Jepun membuatkan kami sangat bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan. Baru kita tahu bahawa bumi Allah ini sangat luas dan cantik yang harus kita lawati sebelum kita menutup mata. Banyak yang kami pelajari dari percutian ini sungguh banyak, sungguh!

Leave a Comment