New Zealand | Bercampervan di Bumi NZ [8D7N]

Hollla!!

Entri kalini aku nak story cerita aku dan wife dan geng komplot jurujual penapis air menggembara ke bumi New Zealand(NZ). Masa entri ini di publish, aku baru jer 3 hari balik dari NZ, jetlag dan tak boleh move on tu perkara biasa la. Hehe..

Ok aku mulakan cerita yer. Pada mulanya decision untuk mengembara ke bumi South Island,NZ dah dibuat 3 bulan sebelum dan aku bercadang untuk bawak anak2 sekali tapi bila aku google pengalaman orang berCampervan di NZ ni sangat mencabar dan since ini pengalaman pertama so aku dan wife decide untuk tak bawak anak2 just kami berdua jer.

Kepala kepada rombongan “Jurujual Penapis Air” ke NZ ni adalah bos aku la. Kami ke sana menggunakan khidmat #OurOwnTravelWay  memang puas hati beb! Nama orang yang guide kami ni En. Saizul Hafiz, peramah orangnya.

Seramai 13 orang dewasa dan 5 kanak-kanak yang menyertai trip ini. Pakej yang ditawarkan untuk 8 hari kepada kami adalah seperti berikut:-

Pakej RM5,000 (Per Head)

———————————–

1) Flight Ticket(Air Asia)

2) Campervan + Insuran

3) Diesel

4) Campsite

5) Gas

So kami just prepare duit untuk makan, aktiviti dan jugak duit shopping jer. Oh yea! 3 bulan sebelum tarikh kami fly kami dah siap2 google apa aktiviti dan tempat2 menarik yang akan kami terjah nanti.

Dipendekkan cerita kami booking siap2 untuk melakukan terjunan berani mati Skydiving di Queenstown.Hahaha..So total up kami spent tolak tambah bahagi darab RM20,000 aku dan wife untuk trip kali ni. Banyak ke siket eh? Hehe.. Kami jurujual so bab costing ni kalau perlukan lebih kami akan kerja lebih kuat. Best kan jadi jurujual?? Opps! Terpromote plak..Huahua..

Ok masuk bab perjalanan ke NZ pulak. Flight kami seperti berikut :-

KLIA2–> Gold Coast,Ausie (Transit) –> Auckland,NZ –> Christchurch,NZ

Total jam perjalanan dari KLIA ke Gold Coast menaiki Air Asia dalam 8 jam dan diteruskan 3 jam ke Auckland. Selepas tu kami menaiki domestik JetStar pula ke Chirstchurh selama lebih kurang 1jam 15minit. Kejung jugak la bontot dan pinggang lagi2 takde entertainment dalam flight AA nih. Huuuu..

PESANAN PENTING : Sila pastikan korang tidak membawa sebarang makanan yang dilarang melepasi kastam NZ. Kastam di NZ sangatlah strict jika korang bawa makanan/barang terlarang ni mereka tidak teragak2 untuk mendenda uols sebanyak 400NZD bersamaan RM1200++.  Sila rujuk:-

http://www.customs.govt.nz/features/prohibited/Pages/default.aspx

Sesampai di Christchurch lebih kurang jam 10 malam kami terus di bawa ke Airport Lodge Motel  untuk bermalam sebelum keesokkan pagi nya untuk ambil campervan di RV Cantre Christchurch bagi memulakan pengembaraan kami.

Leave a Comment