Korea | Pengenalan Bekpek Pertama Kali [7D6N]

Assalamualaikum..

Entri pembukaan untuk blog nazrihamiddotcom ini saya nak berkongsi dengan korang pengalaman travel backpack pertama saya dan wife pada Febuari 2012. Ya walaupun dah 4 tahun berlalu tapi masih segar diingatan kami.Ye la travel backpack pertama sebagai pasangan somi isteri kompom la ingat kan? hehe..

Ok sebelum saya cerita lebih lanjut pengalaman 7Hari 6Malam di bumi Korea, nak cerita sikit pasal kisah terjadinya trip backpack ni. Pada suatu hari tu kami dok layan cerita Winter Sonata, yang peliknya dah banyak kali tengok tapi ntah kali ni punya tengok terus terpacul ayat dari mulut wife “jom pi Korea nak?” Saya pun apalagiii ON!!

Kami pun decide untuk beli tiket 6 bulan sebelum tarikh fly.Masa tu ada promo AA boleh la dapat harga RM700++/pax. Masa tu kami memang langsung takde pengalaman travel jauh2. Paling jauh penah pergi pun Bandung jer. So perasaan masa tu memang macam2 la rasa. Yelah trip backpack ni persediaan memang kena rapi tapi nasib baik saya ada wife yang sangat hebat menyiapkan itineri dari A-Z. Kelemahan saya menghafal jalan tak tau lah dari kecik lagi macam tu..haha..So itineri perjalanan memang wife saya yang sediakan siap2. Habis semua blog google diselongkarnya. Saya pulak uruskan bab kewangan..hehe

Ok dipendekkan cerita flight kami mengambil masa 6jam dari KLIA ke Incheon Airport. Sesampai je di Incheon pada jam lebih kurang 4am dan cuaca ketika itu 0 darjah selsius membuatkan kami tak keruan. Baju dah pakai 3-4 lapis still rasa ke tulang sejuknya. MasyaAllah..Sementara menunggu matahari naik kami pun tidur di sudut airport jer sebelum mengharungi kesejukkan pada jam 7am untuk mencari penginapan.

Menaiki tren dari Incheon Airport ke Seoul.

Untuk pengetahuan korang, kami cuma beli tiket flight saje tau penginapan memang kami plan untuk cari di sana nanti sambil berharap akan ada la motel atau hostel yang dalam lingkungan bajet kami. Bajet ciput jer masa tu yerla baru pas kawen mana sempat nak kumpul banyak2..hehe..

Ini wife saya selaku ketua rombongan Cik Kiah!

Alhamdulillah jalan punya jalan kami terjumpa sebuah motel dicelah2 lorong kawasan Myeongdong dengan rate RM100/nite. Motelnya cukup selesa buat kami berdua siap dilengkapi dengan sebuah desktop dan heater floor. Terbaik! Penat juga mencarik kesukaran terbesar apabila korang travel di Korea ni ialah “BAHASA”..Mereka ni langsung tak paham english so siap sedia dengan map di tangan untuk tanya dorang.

Laluan subway kat sini melingkar2 so mata haruslah setajam pisau..

Macam tak percaya impian dari tengok cerita Winter Sonata tu menjadi kenyataan. Kami pun mulakan dengan melawat beberapa lokasi yang dah kami selitkan dalam itineri kami.Pelbagai cabaran yang kami tempuh sepanjang trip ni. Sesat jer tak payah cakap la..SELALU! haha..Macam saya bagitau tadi dorang tak paham english. So sebutan destinasi tu pun kena sebut dalam pronounce yang betul..hihi

Bab transportation pulak korang tak perlu risau sebab teknologi dan keefisyenan sistem pengangkutan di sini teramat canggih sampaikan korang hanya perlu tau dari titik A ke titik B, nak tukar tren kat mana tu jer. Boleh kata semua destinasi memang ada subway dan tren untuk korang naik. Tambang pulak mintak ampunnn saya dah tak ingat exactly kos tapi apa yang boleh saya bagitau kos transportation masih murah dan mampu.

Subway kat sini memang terbaik dan mudah!

Kebetulan dalam perjalanan kami nak ke Nami Island kami terjumpa student kita di sana. Jangan terkejut kalau korang sampai di Itaewon sebuah pekan yang terdapat banyak peniaga muslim menjadi tumpuan student dan juga ramai orang kita yang akan singgah di situ. So rasa macam kat Malaysia pulak. Hehe..Bab makan ni better korang bawak bekalan makanan yang cukop dari Malaysia macam coklat, meggie, serunding sebabnya makanan kat Korea ni boleh kata tinggi kos nya dan cuma ada beberapa kawasan yang ada makanan halal. So jangan jadi macam saya termakan meggie pig! Auchh!! Termakan takpe kott bukan sengaja..

 

Ikotkan saya nak share banyak lagi gambar cuma malas nak pilih banyak sangat, so ni random jer la sebenarnya banyak lagi tempat yang kami pegi. Ok ada 1 lagi yang korang dok tunggu2 kan? Berapakah total spent trip backpack kami ke Korea selama 7Hari 6Malam ni? Jeng..jeng..

RM1500 = Tiket Flight

RM2000 = Segala kos selama 7hari 6malam di Korea

Total = RM3500 sahaja

Mungkin ada geng lain yang boleh buat murah lagi rasanya. Tapi kos yang kami dapat ni memang abis ikat perut la demi destinasi2 penting yang kami perlu jejak. Sapa yang pentingkan makan tu better jangan ikot bajet ni kang mengelupur korang nak carik ATM nanti..Hahahaha..

So sekian saja untuk review trip backpack Korea..Lepasni maybe saya akan share destinasi kami seterusnya bersama 2 orang budak kecik. Mesti ramai nak tau macam mana pengalaman ber backpack bersama anak kan? So stayyy tuneedd..

Leave a Comment