Indonesia | Yogja Itu Hebat [4D3N]

Yogyakarta itu hebat! Sebenarnya lama dah aku dok tengok review orang yang pergi ke Jogja ni. Cuma tak tergerak hati nak beli tiket. Yela asyik nak layan negara sejuk jer sampai aku terlepas pandang pada sebuah destinasi yang sangat “awesome” ni.

Nak dijadikan cerita sempena hari lahir ibuku dan ibu mertua ku, aku dan wife dok berbincang 2 hari 2 malam nak decide nak bawak mereka ni berjalan. Antara yang ada dalam list kami masa itu Sapporo, Maldives, dan Jogja. Setelah diteliti, di google dan akhirnya aku memutuskan untuk beli tiket ke Jogja seminggu dari tarikh fly. Kira trip mengejut jugak la beli dulu dan baru aku bagitau mak mak aku ni. Haha..

AirAsia Tiket = RM2575 untuk 5Dewasa + 2 Kanak-kanak (Return)

Ternyata pilihan aku tepat, Jogja lain dari negeri di Indonesia yang pernah aku pergi. Lain dia dari segi lokasi tarikannya lebih kepada alam semulajadi atau dipanggil wisata alam yang sangat cantik permandangannya. Makanan pula tak jauh beza dari mana-mana negeri lain masih dengan makanan tradisi Indonesia seperti nasi padang, penyet, satay dan juga makanan laut.

Trip kali ni aku mengupah supir yang aku panggil Pak Tono yang berasal dari Malioboro, Jogyakarta. Orangnya sangatlah baik, berbudi bahasa dan sentiasa memberikan servis terbaik buat kami di sini selama 4 hari. Cuma itineri yang beliau sudah sediakan itu agak padat dan terpaksa juga batalkan beberapa lokasi disebabkan keletihan dan juga cuaca yang panas.

 

13 Fakta menarik tentang Jogjakarta

1. Bandar yang bersih, sampah dibuang rapi. Takda yang berlonggokan. Longkang bersih terjaga. Mungkin pekerja pembersihan buat kerja dengan hati bukan kerana gaji semata mata.

2. Jogja adalah negara majoritinya muslim. Soal makanan halal dan masjid takda masalah. Semuanya beres! Tanpa waswas!

3. Makanan yang superb dan harga berpatutan oi. Kalau nak makan lobster sedap di Pantai Timang.

Lobster besar tapak tangan 9 ekor masak sambal dan goreng, ikan bawal bakar besar 3 tapak tangan kakak, sotong celup tepung, tempe goreng, ulaman, sambal dan nasi untuk 7 orang cuma Rp 900K bersamaan dengan RM280. Nikmat woihhh! 😋

4. Rakyat Jogja bekerja dan anak anak skolah 6 hari seminggu cuma Ahad saja hari libur (cuti)

5. Banyak tempat tempat berasaskan alam dijadikan tempat wisata /perlancongan. Di Pantai Timang, jambatan untuk spot bergambar diperbuat dari buluh, pokok dan diikat dengan tali jemur kain sajaa! Waduh tapi kukuh!

Kebanyakkan spot bergambar diperbuat dari bahan alam. Takperlu nampak moden, gambar yang terhasil sangat gempak! Idea mereka memang pintar. Setiap tempat dijadikan tempat pelancongan yang menarik hanya dengan guna bahan alam tapi tetap boleh jana pendapatan! Kerennn!

6. Waktu subuh disini seawal jam 4 pagi, matahati terbit jam 5.30 pagi. Memang dah terang benderang masa tu.

7. Bakpia adalah makanan dari Jogja. Rasa seperti tepung yang ada inti kacang hijau, green tea, cappucino, susu, keju dan kumbu hitam. Sedap! Sekotak dalam Rp30k bersamaan RM 10 untuk 15 bijiks. Balik Malaysia namanya jadi Biaq pi! 😝

8. Gunung berapi yang masih aktif adalah Gunung Merapi yang mana kali terakhir ia memuntahkan lava adalah pada 5/11/10 pukul 12.10 tengah malam. Lava menjalar sehingga ke 20km jauhnya! Ramai yang terkorban, dan kampung ditimbus dengan lava merapi. Dasyat! Sampai sekarang masih lagi ada awan awan putih keluar dari mulut gunung Merapi yang bisa meletus bila bila masa.

9. Naik pelampung menyusuri arus sungai Gua Pindul tersangatlah menarik. Sesuai untuk seisi keluarga tak kisah besar kecik tua muda. Pakej masuk Rp 180K satu kapla untuk pakej pelampung, makan tengahari, kasut getah, bayaran untuk jeep pengangkut, dan jugak pakej sunburn! 😝

10. Ada kisah disebalik Gua Pindul. Saya lupa. Tapi yang saya ingat adalah mitos mengenai batu batu dalam gua. Ada satu batu mutiara , bentuknya macam Prambanan Temple terbalik, dikatakan kalau perempuan yang lalu bawah batu mutiara , akan cantek helok paras rupa dan awet muda. Kakak apa lagi, stop terus bawah batu tu, ternyata bila keluar gua , mitos itu berhasil! Banyak cantek muka kau!😆

11. Di kawasan Gua Pindul ada disediakan kamar mandi, kamar kecil dan kamar berfikir ( membuang). Ada kedai jual sabun, celana dalam, celana luar, selipar dan macam macam lah! So kalau yang datang sini, tak prepare baju mandi, ngak apa apa, kat sini semua beress!

12. Ada banyak candi kat Jogja. Yang sempat kami singgah adalah di Prambanan Temple. Tiket masuk Rp 325k seorang dan digalakkan pergi waktu tengahari terik, sebab gambar kompem cun! Amek gambar sampai kenyang! 😝Batu batu candi yang ada disana adalah dari batu gunung Merapi. Dikatakan kuat utuh dan kukuh. Takperlu simen antara batu cuma di susun susun aja!

13. Disini saya belom jumpa pengamen atau pengemis. Di kawasan lain, saya tak pasti. Siap ada signboard, jangan bagi wang recehan kat pengemis ni. Memang dia nak basmi pengamen ni. Bagi mereka, pengamen ni boleh bagi impak buruk kat pelancong luar takot ngak aman, ngak selesa gitu. Ini pak supir yang cakap.

Secara jujurnya Jogja ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti, yang suka makan macam saya dan yang memang suka selfie macam saya jugak. Sebab semua tempat yang dibawak semuanya menarik dan lawa! Kompem memory phone penuh dengan gambo! Tak nyesal oi. Sebelum ni saya rasa Jogja ni macam biasa biasa je tapi saya silap. Jogja sangat best dan penuh dengan aktiviti.

Jangan risau , jangan buntu. Disini banyak Pak Supir yang berpengalaman. Tanya apa saja, nak pergi mana, nak aktiviti apa, bilang saja dong! Sediakan wang aja.

Oh ya jangan lupa badan kena fit sebab seawal pukul 4 pagi dah kena keluar dari hotel untuk ke tempat tempat menarik! Panjat bukit, turun bukit, flying fox, naek jeep offroad bergoncangan, naek pelampung, titi gantung memang memerlukan extra energy! Tapi syokk! Pengalaman yang tak dapat kat mana mana dahla murah pulak tu. Flying fox disini cuma RM 5 sahaja sekali jalan.

Abang belanja gambar menarik di Jogja dan ofkos gambar kakak. 😝😝

Selamat melihat fotonya ya!

 

Itineri Jogja 4Hari 3 Malam

Day 1

Pick up airport 11.20 am
Lunch
Prambanan temple
Tebing breksi
Sunset Lereng Ijo
Check in hotel

Day 2

Pick up hotel 4.00am
kebun buah mangunan
Jurang tembelan
Hutan pinus
Pindul cave tubing
Timang beach
Pinus pengger

Day 3

Pick up hotel 4.15 am
Sunrise merapi
Kalibiru
Malioboro

Day 4

Pick up hotel 7.00 am
Transfer airport

 

COSTING

Supir Kereta Avanza 3 Hari : RM420
Hotel Neo : 1Day RM200 (RM1,600 for 4 days)
Makan Minum : RM500
All Wisata Entrance & Parking : RM600
Total = RM3120.00++

 

 

Leave a Comment