Guangzhou Shenzen | Gerbang Emas [5D4N]

Lagi kisah pengembaraan #bekpek4beranak,

Harap korang tak bosan membaca, jika aku tidak menulis dan menceritakan kepada sesiapa kisah pengembaraan aku ini manfaatnya cuma dapat kepada aku seorang.

Tetapi jika aku berkongsi, lebih ramai yang dapat sesuatu dari kisah pengembaraan ini. Kami berempat ke Guangzhou dan juga Shenzen pada tahun 2015. Memang dah lama aku idamkan untuk ke sini sejak dari 2010 semasa aku berniaga di Uptown Danau Kota lagi.

Walaupun dah tidak lagi berniaga di Uptown masa aku ke sini namun hati ini nak sangat lihat dengan mata sendiri apa yang dikatakan negeri “Gerbang Emas” buat peniaga di seluruh dunia ini.

Aku tulis dalam bentuk point supaya korang lebih mudah hadam apa yang istimewa di sini:-

 

1) Di sini lah lubuk segala jenis barang yang korang boleh beli secara pukal untuk diniagakan dengan harga jauh lebih murah dari pasaran.

2) Barang seperti pakaian dan gadget mempunyai gred dari yang low quality sehinggalah yang korang tak pernah nampak kat Malaysia pun ada.

3) Tanggapan orang yang menyatakan produk dari China itu tidak berkualiti adalah salah. Tidak semua produk di sini ditiru malah brand mereka sendiri lebih canggih dan trendy.

4) Jika dulu sesiapa yang ingin mencari barang niaga perlu ke sini dengan modal yang besar, tetapi dunia kini lebih mudah terdapat pelbagai website borong China yang dikelola oleh syarikat besar di China khas buat pemborong di seluruh dunia untuk mendapatkan produk terus ke pintu rumah. Website untuk dropshipper juga berlambak korang google jer.

5) Jangan tersalah tanya, jika korang ke tempat borong jangan sesekali bertanya harga barang yang sedikit dari MOQ mereka kelak caci makian yang korang dapat. Kah kah kah!

6) Tawar menawar di sini tidak salah tapi jangan dah dapat harga yang korang nak tiba-tiba tak jadi beli memang mengundang kemarahan mereka. Cina di sini lebih kesat bahasanya tau.

7) Makanan halal agak susah nak dapat dan harga makanan halal di sini tak murah. Sepinggan nasik goreng cina RM40++ jer. Huuuu..

8 ) Pengangkutan awam seperti tren dan taxi mudah di sini, hanya perlu tau ke mana nak pergi saja.

9) Masalah bahasa adalah perkara utama di sini, rata-rata mereka hanya berahasa ibunda. Kalkulator adalah kamus untuk berinteraksi. Hahahaha!

10) Jika ingin ke sini, sila pilih tarikh sesuai jangan jadi macam kami datang semasa Kongres Borong sedunia tengah berlangsung di Guangzhou jadi penginapan semua naik harga.

 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Nazri Hamid
Dari membaca buku, aku merealisasikan.

Leave a Comment