Switzerland | Saujana Mata Memandang [11D10N]

Bagi sesiapa yang sukakan “seightseeing” anda jangan lepaskan peluang untuk ke negara SWITZERLAND. Posting kali ini aku tak nak cerita banyak, tapi aku nak korang tengok jer gambar yang berjaya aku shoot kira level photography tertinggi yang aku ada la. Haha.

Selain itu aku nak share banyak benda dari gambar-gambar yang aku snap ni iaitu pengalaman pertama kali duduk di kawasan salji yang penuh dan menebal non-stop. Melihat sendiri dengan mata kepala sendiri bagaimana ribut salji yang berlaku semasa menemani anak-anak bermain dekat “playground” dan macam-macam lagi pengalaman pertama aku dapat rasa semasa di Swiss.

 

Itinerary

 

KLIA TO ZURICH
Flight ticket RM 2800/ pax ( 4 orang)
Perjalanan 13 jam + 1 jam transit di Singapore

Silk Air (Singapore) –> Changi Airport (tukar flight)

Swiss Air ( Swiss) –> Zurich Airport

28/12/17 Day 1 : Touch down Zurich terus ke Lucerne

Zurich Flughafen —> Lucerne
CHF46 sorang.
Duration : 1 hour 10 mins

Lucerne
Accomodation : Hotel Falken RM 802.70 (2 mlm) CHF195.70

Tempat menarik :
-Chapel Bridge,
-Lucerne Old Town,
-Shopping area ( jalan kaki je)

 

29/12/17 Day 2 : Bern

Lucerne ——> Bern
Duration : 1 hour
Cost : CHF 68 ( RM 280)

Tempat menarik :
-Clock Tower
-Einstein Haus
-Old Town Bern.

Beli Swiss Travel Pass untuk 8 hari kat stesen Lucerne RM 1592 (CHF 398) sorang .

Cover seluruh daerah atau negeri di sekitar Switzerland termasuklah tram dan bus . Nak naek gunung lain rege.

30/12/17 Start guna Swiss Travel Pass

 

Day 3 : Mount Titlis

Lucerne —-> Engelberg
Duration : 43 mins
Cost : CHF 17 (RM 70)

Stesen Engelberg – beli tiket masuk Titlis CHF 92. Kalau ade Swiss Travel Pass , diskaun 50% . So CHF 46 (RM188.60)
Stesen Engelberg (naik shuttle bus ) ——> stesen cable car ke Titlis

 

31/12/17 Day 4 : Interlaken

Lucerne ——> Interlaken Ost
Interlaken Ost ——> Interlaken West
Duration : 2 hours 10 mins
Cost : CHF 40 ( RM 164.00)

Accomodation : Down Apartment , Interlaken West.
Belakang stesen Interlaken West.
Boleh masak masak.
Studio type.
RM481 satu malam = CHF 351 ( 3 malam)
Ada Coop untuk beli groceries

i. Lauterbrunnen
Interlaken West —> Interlaken Ost
Interlaken Ost —> Lauterbrunen

Duration : 20 mins
Cost : CHF 24

ii. Murren
Stesen Cable car di Lauterbrunnen —> Murren
First stop tukar naik train pendek
Duration : 30 mins

Apa yang best : main snow, sledge, ski, snowboard dan segala aktivity snow. Lepak makan minum kat Murren syok

 

1/1/18 Day 5 : Jungfraujoch

Interlaken Ost —-> Lauterbrunnen
Duration : 21 mins
Cost : CHF 20 ( RM80 )

Lauterbrunnen ——> Kleine Scheidegg ( train hijau kuning)
Kleine Scheidegg ——> Jungfraujoch ( train kaler maroon)

Tiket boleh beli dalam train kalau kita lupa nak beli. Tiket je Jungfrau CHF 142.20 (RM 584.00 pegi balik). Tanpa swiss pass CHF 189.60 (RM 777.36)

 

2/1-3/1/18 Day 6 & Day 7 : Zermatt

Interlaken West ——> Spiez
Spiez ——> Visp
Visp ——> Zermatt
Duration : 2 hours 18 mins
Cost : CHF 75 ( RM 311 )

Accomodation : Hotel Garni Cima
Cost : CHF 220.00 /2 nights ( RM902)

Apa yang best ;
View matterhorn ( macam kat coklat toblerone tu, itulah gunungnya)
Shopping jam, sourvenir, makan kebab panas, lepak kedai kopi, tengok salji turun dengan lebatnya. Paling cantik!

 

4/1-6/1/18 Day 8 – 10 : Zurich

Zermatt ——> Visp
Visp ——> Zurich HB
Duration : 3 hours 21 mins
Cost : CHF 156 ( RM 642)

Apa yang best :
Shopping street macam Champs Elysees kat Paris!

Balik sudah.
Swiss Airlines —-> Hong Kong
MY Airlines —-> KUL

 

Tips: 

1. Nak tahu platform berapa google je contoh Lucerne to Bern, nanti google bagitahu. Sekian sekian masa dan platform mana. So ikut je. Ataupun download Rome2Rio nak tahu harga tiket.

2. Beli Swiss Travel Pass ikut pada berapa hari yang uols ada, tempat yang uols nak cover. Ada banyak jenis swiss pass.

3. Bawak Brahims dan lunch box electric untuk penjimatan maksimum . Kebab CHF 12 ( RM49). 3in1 bawak banyak banyak. Lepak kedai kopi, beli croissant dan order hot water. Dah duduk buh lah 3in1 kita. Hikhik! Hapus bukti jangan lupa.

 

Lucern

Bern

 

Mount Titlis

Lauterbrunnen


Murren

 

Jungfraujoch

Zermatt

 

Zurich

Leave a Comment