Trip Makan-Makan | Hatyai [3D2N]

Trip makan-makan siam orang kata. Memang tujuan ke sini untuk merasakan menu masakan orang Selatan Thailand yang digembar-gemburkan sedap sangat tu. Kami decide untuk ke sini seminggu awal dengan menaiki bas dari Hentian Duta terus ke Hatyai.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam. Bas sangat selesa tertidur aku dibuatnya tahu-tahu jer terus sampai ke sempadan Bukit Kayu Hitam untuk chek passport. Hari pertama bermalam di Hotel Rado, Hatyai dan berpusing-pusing la kami sekeluarga untuk “Food Hunting” di spot yang telah kami “mark”.

Alhamdulillah semua misi tercapai, semua menu yang kami nak 100% jumpa. Kami menggunakan perkhidmatan van VIP yang disewa khas oleh kenalan kami untuk bergerak ke sana sini. Kalau korang nak pergi sendiri pun bagi aku takde masalah sebab kat sini public transport memang banyak. Tuktuk boleh bawak ke mana saja yang korang nak pegi.

So ini itineri ringkas perjalanan kami sepanjang 3Hari 2Malam di Hatyai, Thailand:-

Tiket Bas
==========

Hentian Duta–>Hatyai = RM60/pax
Hatyai–>Hentian Duta = RM70/pax
Sewa Van Vip = RM2500/3hari including Hotel 3hari2malam

Day 1
======
Check in Hotel Rado = RM60/Night
Samila Beach
Carik Makan di Hatyai Night Bazaar

Day 2
======
Chang Puak Camp (Naik Gajah 50bath)
Carik Makan dan makan lagi
Check in Hotel Grand Pix = RM100/Night
ASean Night Bazar

Day3
======
Kee Hua Chee Temple
Magic Museum Hatyai
Big Bee Farm

Total Cost Accomodation + Transportation + Makan-makan + Jalan-jalan = RM3500 (8Dewasa 2kanak-kanak)


Leave a Comment